| Terma & Syarat |
Sila baca dengan teliti terma & syarat ini sebelum anda menyertai program ini. |
1 |
Semua ahli berhak untuk memilih mana-mana Pakej yang ditawarkan tanpa paksaan dari mana-mana pihak. Program ini hanya terbuka untuk warganegara Malaysia sahaja dan mestilah berumur 18 tahun ke atas. |
|
|
2 |
Kami akan membayar komisyen KLIK yang mempunyai IP address yang berbeza. Ini bagi mengelakkan mana-mana ahli atau pelawat klik pada link yang sama berulangkali. Pihak kami hanya tidak akan membayar komisyen terhadap IP address daripada luar negara. Hanya IP address dari negara ini sahaja SAH. Walaubagaimanapun sistem ini telahpun merekod setiap ip address bagi mengelakkan pembayaran komisyen yang bertindan. Sekiranya terdapat ip address dari luar negara pihak kami akan menghapuskan rekod tersebut secara manual. |
|
|
3 |
Komisyen untuk anda menaja ahli baru akan dibayar mengikut level pakej anda. Setiap komisyen berbeza mengikut pakej yang anda daftar. Sila rujuk pada "PAKEJ Hebat" untuk lihat komisyen yang diberi. Pihak kami berhak untuk menukar nilai komisyen yang tersebut tanpa sebarang notis. |
| |
|
| 4 |
Semua pendaftaran baru dikategorikan sebagai 'ahli belum aktif'. Sila buat pembayaran segera untuk membolehkan anda mendapat kemudahan dan seterusnya mula menjana wang dalam program ini. |
| |
|
| 5 |
Pengiraan komisyen akan dibuat sehingga tarikh 30hb (tarikh akhir bulan) dan komisyen akan dibayar di antara 1 - 7hb berikutnya. Sila pastikan anda memasukkan maklumat bank yang sah. Jumlah minima payout adalah RM50.00. Pembayaran akan dibuat melalui Maybank2u / Deposit Cek kepada akaun bank anda. Anda perlu menanggung semua caj yang dikenakan oleh pihak bank (RM2 caj untuk bank selain Maybank). |
| |
|
| 6 |
Selepas anda membuat pembayaran keahlian, anda tidak dibenarkan untuk menarik diri atau membatalkan keahlian anda. |
| |
|
| 7 |
Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas kesilapan maklumat bank yang anda berikan. Pastikan anda memasukkan maklumat yang sah. Gagal melakukan perkara tersebut akan menyebabkan masalah untuk proses pembayaran. |
| |
|
| 8 |
Pihak kami bertanggungjawab untuk membatalkan keahlian anda sekiranya maklumat yang diberikan tidak benar atau melanggar peraturan yang dibuat. |
| |
|
| 9 |
Pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku penipuan dari mana-mana pihak yang cuba meniru program ini. Pihak ini tidak melantik mana-mana agen atau web replika yang lain. Sila pastikan anda berdaftar di www.dapatwang.com |
| |
|
| 10 |
Pihak kami berhak untuk menukar atau mengubahsuai terma & syarat yang dirasakan perlu atau menukar kadar komisyen tanpa sebarang notis atau pemberitahuan. Sila berhubung dengan kami sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau kemusykilan. |
| |
|
| 11 |
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap iklan sponsor di laman web ini. Walaubagaimanapun pihak kami berhak untuk membuang mana iklan yang tidak sesuai atau boleh menyinggung mana-mana pihak. |
| |
|
| 12 |
Pendapatan dari program ini berdasarkan kepada usaha anda. Pihak kami tidak menjanjikan pendapatan tanpa usaha dan kerjasama dari anda. Pihak kami juga tidak bertanggungjawab atas modal atau kerugian yang anda tanggung bagi menjalan program ini. |
| |
|
| 13 |
Pelbagai usaha (kajian dan pelaburan) telah dibuat untuk menyiapkan program ini. Testimoni dan contoh yang diberikan adalah sebagai petunjuk dan tidak boleh dijadikan sandaran kepada kejayaan dan keberkesanan kepada setiap ahli yang berbeza. Kejayaan dan keberkesanan program ini bergantung kepada latarbelakang, pengalaman, dedikasi, kemahuan dan semangat motivasi setiap individu. Sebagai rakan yang ingin berkongsi maklumat dengan anda semua, kami tidak bertanggungjawab di atas apa jua kerugian dan ia tidak menjadi jaminan kepada anda untuk menjana wang tanpa usaha. |
| |
|
| 14 |
AMARAN: Tidak dibenarkan menggunakan web / sistem / aplikasi 'Atutosurf' atau seumpamanya. Tidak dibenarkan menggunakan KOD/SKRIP tersembunyi seperti iframe atau <img src=> atau apa juga yang menyebabkan KLIK direkod secara tersembunyi. Tiada sebarang komisyen akan diberikan jika anda menggunakan program tersebut. Adalah diingatkan pihak kami akan membatalkan keahlian anda jika didapati anda menggunakan program tersebut atau cuba menipu dengan apa juga kaedah. Pengiklanan di laman-laman web berunsur porno juga tidak dibenarkan. |
| |
|
| 15 |
AMARAN: Tidak dibenarkan membina laman web group klik sesama ahli. Kaedah ini adalah tidak sihat. Kami hanya membayar komisyen kerana kerja-kerja promosi yang ahli lakukan, bukan klik diri sendiri tanpa promosi. Kaedah ini akan menyebabkan overpaid akan berlaku. Harap semua beri kerjasama bagi memastikan program ini memberi manfaat kepada semua. |
| |
|
| 16 |
Tidak dibenarkan menggunakan program/web auto POP-UP. Trafik ini bukanlah datang dari KLIK oleh pelawat ke web anda. |
| |
|
| 17 |
Program ini tidak membenarkan SPAM, PORNO dan FRAUDCLICKS (autohits, autosurf, Ip reset dan robot click). Sekiranya kami mendapati mana-mana ahli melakukan aktiviti perkara ini keahliannya akan dibatalkan serta merta. SPAM adalah membawa maksud apabila anda menghantar email kepada penerima yang tidak memberi kebenaran kepada anda untuk menerima email tersebut. PORNO membawa maksud mengiklan dihalaman web yang mengandungi bahan lucah. FRAUDCLICKS adalah membawa maksud penipuan klik dimana anda meletakkan link anda dihalaman web yang memberikan perkhidmatan klik yang banyak tanpa mengiklan. |
| |
|
| 18 |
Pihak kami berhak untuk mambatalkan keahlian anda tanpa sebarang notis sekiranya anda didapati gagal mengikuti terma & syarat atau menipu atau memburuk-burukkan nama program ini. |
| |
|
| 19 |
Dengan membaca terma & syarat penyertaan ini dan anda bersetuju dengan penyataan yang telah diberikan, anda boleh terus mendaftar di "Pendaftaran". Sekiranya tidak bersetuju, sila tinggalkan laman web ini |